fbpx

Pos Malaysia memiliki armada EV terbesar dalam sektor logistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (tiga dari kiri) bersama Syed Faisal (kanan) pada majlis sambutan Hari Pos Sedunia di Kompleks Dayabumi di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) kini mempunyai 200 motosikal elek­trik dan 143 van elektrik yang membuktikan komitmen syarikat dalam usaha menyokong misi kerajaan untuk mencapai masa depan yang lebih hijau.

Menurut Pengerusi Pos Malaysia, Syed Faisal Albar, pihaknya berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai setakat ini dalam pelan tindakan keles­ta­riannya yang dilancarkan pada tahun lalu.

“Pencapaian ini sekali gus membuktikan komitmen kami sebagai organisasi progresif dalam memperjuangkan ke­lestarian untuk Malaysia dalam sektor logistik.

“Teras kepada perjalanan kami ke arah Net Sifar adalah peralihan kepada kenderaan elektrik (EV), yang mana kami kini mempunyai armada EV yang terbesar dalam sektor logistik tempatan.

“Bilangan EV yang semakin meningkat adalah bukti fokus berterusan kami untuk me­ngurangkan pelepasan yang dihasilkan oleh kenderaan dan akhirnya mencapai 100 peratus penghantaran hijau first and last-mile menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersempena sambutan Hari Pos Sedunia yan telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di ibu pejabat Pos Malaysia di Kompleks Dayabumi di sini.

Disambut setiap tahun pada 9 Oktober, ia adalah hari penting meraikan ulang tahun Kesatuan Pos Sedunia (UPU) sambil me­ningkatkan keseda­ran tentang peranan sektor pos dalam kehidupan seharian masyarakat dan perniagaan serta sumba­ngannya kepada pembangunan sosial dan ekonomi dunia.

Tema Hari Pos Sedunia tahun ini adalah ‘150 tahun memudahkan komunikasi dan memper­kasakan rakyat merentas sempadan’.

Selain itu, Syed Faisal menjelaskan, lebih daripada 1,000 basikal elektrik dan lebih 300 van elektrik dijadualkan menyertai armada EV sedia ada Pos Malaysia dalam beberapa bulan akan datang.

Mengulas mengenai ulang tahun itu, beliau berkata Pos Malaysia kini bukan lagi sekadar menghantar surat dan bungkusan tetapi kini menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan inovatif, termasuk logistik hujung ke hujung, pengendalian penerbangan (ground handling), hingga ke penyelesaian runcit dan digital.

“Kami telah menempuh perjalanan yang jauh dalam tujuan untuk menghubungkan orang ramai dan perniagaan masa depan yang lebih baik,” jelasnya.

Dalam pada itu, bersempena majlis tersebut, 16 pekerja Pos Malaysia yang telah berkhidmat selama 35 tahun telah menerima anugerah atas sumbangan yang mereka berikan sepanjang tempoh berkenaam.

Pos Malaysia juga telah melancarkan set setem kenang-kena­ngan khas bernilai RM50.50 untuk set edisi menarik yang terhad. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI