fbpx

Lebih 1,000 orang sertai solat jenazah Nurul Kamal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Nurul Kamal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Iskandar di Jalan Parit-Seri Iskandar hari ini. - Foto oleh LIYANA RAMLI

PARIT – Lebih 1,000 orang menunaikan solat jenazah imam Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar, Allahyarham Nurul Kamal Zulkarnain, 37, di masjid tersebut hari ini.

Solat jenazah itu dipimpin oleh Ustaz Hamdi Rahman Mohd Yaacob disertai ahli kariah, pelajar tahfiz, ahli keluarga dan kenalan Allahyarham dan jenazah selamat dikebumikan pada pukul 2.30 petang.

Pengerusi Masjid As-Siddiq, Azmi Murad Mohamad Yusof berkata, kehadiran 1,000 jemaah lain yang bersama-sama menunaikan solat jenazah hari ini seperti solat jumaat.

“Kehilangan Allahyarham imam Nurul Kamal ini sangat berat bagi jawatankuasa masjid kerana jasa beliau terlalu besar.

“Beliau merupakan imam utama di masjid ini dan Allahyarham merupakan individu yang pertama mengadakan kuliah subuh dan maghrib di sini,” katanya.

Menurut Azmi, Allahyarham yang merupakan hafiz al-Quran itu juga sangat menghidupkan suasana Masjid As Siddiq dengan mengajak golongan belia turut serta dalam aktiviti masjid.

“Buat masa ini, kita akan minta imam kedua untuk menggantikan Allahyarham tetapi untuk kerja-kerja pejabat masih tiada pengganti kerana kebanyakannya jawatankuasa masjid ada kerja yang lain cuma Allahyarham sahaja yang berkhidmat sepenuh masa,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Nurul Kamal terkorban  dalam nahas di Kilometer 212.8, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara di sini petang semalam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI