fbpx

Dua lelaki, dua wanita disyaki curi barang kemas RM45,000 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAWAU – Empat kenalan termasuk dua wanita ditahan selepas disyaki mencuri barang kemas milik seorang lelaki bernilai RM45,000 di Jalan OKK Abu Bakar di sini baru-baru ini.

Mereka yang berusia 28, 30, 30 dan 42 tahun ditangkap sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 31 tahun memaklumkan barang kemas yang diletakkan dalam kereta hilang disyaki dicuri individu yang tidak dikenali pada 1 Oktober lalu.

Barang kemas yang hilang berupa seutas gelang tangan emas, seutas rantai emas dan loket bernilai hampir RM45,000.

“Bertindak atas laporan itu, polis menahan empat suspek termasuk dua wanita di Jalan Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut dan sekitar Hospital Tawau dari pukul 6 pagi hingga 6 petang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI