fbpx

Lelaki miliki 13 rekod jenayah dicekup menyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAWAU – Seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian samun menggunakan senjata di daerah ini diberkas di Jalan Baru di sini semalam.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa yang berseorangan didatangi oleh suspek sebelum diugut menggunakan senjata tajam.

Suspek memaksa mangsa menyerahkan barang berharga. Bimbang akan keselamatan diri, mangsa menyerahkan wang dan telefon bimbit kepada suspek sebelum membuat laporan polis.

“Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan suspek dan merampas pisau serta telefon bimbit untuk siasatan lanjut.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah bagi kesalahan mencederakan orang, mencuri, dadah dan judi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI