fbpx

Pahang catat rugi jenayah komersial RM74 juta dalam 9 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAHAYA (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang anggota polis pada perhimpunan bulanan bagi bulan Oktober 2024 anjuran Jabatan Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang, di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Polis Pahang merekodkan kerugian sebanyak RM74 juta melibatkan kes jenayah komersial bagi tempoh Januari hingga September lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, jumlah itu membabitkan 1,639 kertas siasatan lebih tinggi berbanding tahun lalu sebanyak RM43 juta dalam tempoh sama.

“Daripada jumlah itu, kes melibatkan tipu dalam talian mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,596 kertas siasatan dibuka melibatkan kerugian RM52 juta.

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) selaku pemegang taruh dalam pembasmian aktiviti ‘scam’ perlu mempertingkatkan lagi usaha mengesan dan menuduh suspek bagi mengembalikan keyakinan orang ramai kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan anjuran Jabatan Logistik dan Teknologi Pahang di sini hari ini.

Yahaya berkata, berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang, keseluruhan İndeks jenayah bagi tempoh Januari hingga September tahun ini adalah sebanyak 1,598 kes.

Terdapat peningkatan sebanyak 145 kes berbanding tempoh sama bagi tahun lalu iaitu sebanyak 1,453 kes jenayah bersamaan 9.9 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI