fbpx

Svitolina fokus kekuatan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SVITOLINA melantik pakar psikologi untuk memastikan kekuatan mentalnya mengharungi musim ini. - AFP

ABU DHABI – Pemain No. 5 dunia, Elina Svitolina mengharap­kan musim 2021 memberikan sinar baharu dalam kariernya terutama selepas berjaya mendapatkan jurulatih khas bagi menguatkan mental menjelang Siri Jelajah WTA Terbuka Abu Dhabi minggu ini.

Kata Svitolina, keputusan untuk mendapatkan jurulatih khas bagi memperkasakan mentalitinya sangat penting terutama apabila dunia masih lagi dilanda pandemik Covid-19 sejak awal tahun lalu.

“Dengan persekitaran yang tidak menentu apabila gelombang Covid-19 masih lagi belum reda, saya rasa setiap pemain perlu melakukan persiapan fizikal dan paling penting adalah daripada sudut mentaliti.

“Justeru, saya telah membuat keputusan untuk menjalinkan kerjasama dengan jurulatih psikologi khas bagi memperkuatkan mentaliti saya untuk mengharungi Siri Jelajah WTA pada musim ini.

“Ini adalah tindakan yang wajar kerana kami bakal mengharungi musim yang mencabar dengan beberapa kejohanan penting terutama temasya Sukan Olimpik 2020 dan saya harap dapat kekal fokus tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, atlet kelahiran Ukraine ini me­ngakui telah melakukan persiapan terbaik bagi mengharungi saingan Terbuka Abu Dhabi selepas diletakkan selaku pilihan No. 2 kejohanan.

Malah, Svitolina telah menjalani sesi latihan khusus bersama juara Terbuka Perancis tahun lalu, Iga Swiatek sepanjang tempoh kuarantin selama dua minggu.

“Swiatek memberikan cabaran kompetitif sepanjang dua minggu lepas dan saya te­ruja untuk beraksi di gelanggang kompetitif pada kejohanan Terbuka Abu Dhabi ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN