PETALING JAYA – Pengawal peribadi kepada aktres sensasi, Nur Fazura yang dikenali sebagai Shahaszrin Mohd. Sabiruddin kesal dengan komen netizen yang menuduhnya sebagai teman lelaki majikannya.
Menerusi hantaran Shahaszrin dalam InstaStory, dia berkongsi tangkap layar komen netizen yang menuduhnya sebagai teman lelaki Fazura.
“Jangan menangis. Boyfriend (teman lelaki) kat belakang tu,” demikian komen netizen merujuk kepada video Fazura sewaktu ditemu bual pihak media di mahkamah baru-baru ini.
Shahaszrin yang kesal dengan komen netizen itu telah menyelar individu tersebut yang menurutnya sebagai fitnah.
“Ikut sedap saja nak tulis kan. Standby (siap sedia) ya mak cik. Jangan nanti kata cucu yang main TikTok.
“Mak cik dah fitnah saya. Mak cik tahu apa yang mak cik kena buat kan kalau tak nak benda jadi panjang,” tulisnya.
Komen netizen tersebut turut dibalas dengan kecaman netizen lain yang menjelaskan siapa sebenarnya Shahaszrin pada Fazura.
“Bodyguard dia mak cik. Dah ada anak bini pun,” komen salah seorang netizen.
“Mak cik ni, jangan lupa minta maaf ya. Bukan apa, takut tiba-tiba Allah tarik nyawa mak cik,” komen seorang lagi netizen.
Shahaszrin telah lama berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada Fazura dan Fattah sejak beberapa tahun yang lalu.
Terdahulu, Shahaszrin turut mendedahkan terdapat orang ketiga dalam rumah tangga Fazura dan Fattah yang cuba merosakkan rumah tangga majikannya. – KOSMO! ONLINE