fbpx

Hujan lebat di 11 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal melanda 11 negeri malam ini.

Negeri berkenaan adalah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 7 malam itu melibatkan seluruh negeri Perlis, Perak dan Johor.

“Bagi Kedah pula ia melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu,” lapor MetMalaysia di Facebook.

Selain itu, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku melibatkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan, manakala di Terengganu pula melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Di Pahang meliputi daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Selangor pula, amaran ribut petir dilapor melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Hulu Langat,” kata MetMalaysia.

Keadaan sama juga dilaporkan melanda daerah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol di Negeri Sembilan, manakala di Sarawak pula melanda daerah Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu dan Limbang.

“Cuaca buruk juga melanda daerah Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) di Sabah,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI