fbpx

Khabib ditawar tentang Mayweather

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHABIB diberikan tawaran lumayan untuk turun menentang Mayweather, namun format pertandingan masih belum diputuskan. – AFP

LOS ANGELES – Jaguh seni bela diri campuran (MMA) dunia, Khabib Nurmagomedov akhirnya ditawarkan ganjaran seba­nyak AS$100 juta (RM401 juta) untuk bertarung dengan atlet tinju sensasi Amerika Syarikat (AS), Floyd Mayweather tahun ini.

Pengurus peribadi Nurmagomedov, Ali Abdelaziz yang menjadi ejen buat atlet kelahiran Rusia itu sepanjang kariernya bersama Ultimate Fighting Championship (UFC) mengesahkan tawaran itu telah dikemukakan oleh pihak penganjur pada baru-baru ini.

“Saya boleh mengesahkan tawaran solid sebanyak AS$100 juta seperti yang diminta sebelum ini untuk bertemu dengan Mayweather akhirnya dibuat oleh penganjur. Malah, bos UFC, Dana White turut terlibat dalam usaha mengatur pertarungan ini menjadi realiti.

“Namun, persoalan paling utama ketika ini adalah syarat dan peraturan pertarungan kerana Khabib (Nurmagomedov) adalah seorang atlet MMA, manakala Mayweather pula memang ter­kenal dengan sukan tinju.

“Justeru, saya rasa jika Mayweather bersetuju untuk bertarung dengan format MMA, ia akan memudahkan lagi urusan penganjur untuk memastikan pertarungan ini dapat dilangsungkan secepat mungkin,” katanya.

Khabib yang mempunyai rekod 29-0 dalam kariernya sebelum ini telah mengesahkan persaraannya dalam arena kompetitif UFC sejurus menewaskan Justin Gaethje pada Oktober lepas.

Mayweather yang turut mengesahkan persaraan secara rasmi pada tahun 2017 telah kembali beraksi di gelanggang tinju tetapi hanya untuk pertarungan pertunjukan dan bakal membuat kemunculan semula menentang atlet media sosial terkenal ­YouTube, Logan Paul pada bulan depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI