fbpx

Muzium Feri Pulau Pinang tiba-tiba senget

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Muzium Feri Pulau Pinang yang kelihatan senget di SPCT, hari ini.

GEORGE TOWN – Feri ikonik Pulau Pinang yang sedang dalam proses pengubahsuaian untuk dijadikan Muzium Feri Pulau Pinang kelihatan senget di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT), di sini hari ini.

Beberapa keping gambar feri ikonik berkenaan yang senget tular di media sosial dan meraih perhatian ramai memandangkan feri berkenaan mempunyai sejarah yang panjang di Pulau Pinang.

Difahamkan, feri tersebut mengalami kebocoran di bahagian bawah menyebabkan ia dimasuki air lalu senget.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin ketika ditanya mengenai kejadian berkenaan berkata, pihak SPPP telah meminta laporan penuh mengenai kejadian itu daripada syarikat yang menjalankan projek Muzium Feri berkenaan.

“Saya telah dimaklumkan perkara ini dan difahamkan bahawa syarikat yang menjalankan projek Muzium Feri ini, iaitu Printhero Merchandise (M) Sdn Bhd sedang mengambil langkah-langkah mitigasi yang sewajarnya.

“Pihak SPPP juga telah meminta suatu laporan yang meneliti daripada pihak Printhenro,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kurator Muzium Feri Pulau Pinang, Siti Faridah Hani Damsi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian itu esok. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI