fbpx

Abai keselamatan pekerja, kilang kitar semula didenda RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Sebuah kilang kitar semula, Best Eternity Recycle Technology Sdn. Bhd., dikenakan denda RM100,000 selepas didapati bersalah atas kegagalan menyediakan sistem kerja selamat dalam pemeriksaan ‘paper roll’ yang mengakibatkan kemalangan maut salah seorang pekerjanya.

Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Amir Affendy Hamzah menjatuhkan hukuman denda itu kepada pemilik kilang yang diwakili pengurus kilang setelah mengaku bersalah selepas pendakwaan dijalankan semalam.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, kilang itu didakwa kerana kegagalan majikan dalam memenuhi tanggungjawab memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja.

Katanya, kilang tersebut merupakan tempat kerja pertama yang didakwa selepas berkuat kuasanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 pada 1 Jun lalu.

“Siasatan yang dijalankan oleh pihak JKKP mendapati kilang tersebut melanggar peruntukan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022.

“Berikutan pelanggaran ini, JKKP mengambil tindakan tegas dengan mendakwa Best Eternity Recycle Technology Sdn. Bhd. di Mahkamah Sesyen Sepang semalam,” katanya hari ini.

JKKP berkata,, di bawah pindaan terbaharu akta ini, syarikat yang bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara selama dua tahun.

Pada masa sama, JKKP mengingatkan semua industri agar mematuhi peraturan yang digariskan di bawah akta berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI