fbpx

Mahkamah tolak prosiding hina mahkamah terhadap Wan Ahmad Fayshal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng (kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh Fariz Rosadio/Kosmo!

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan peguam yang mewakili Lim Guan Eng untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal kerana didakwa mengeluarkan ciapan mengelirukan berkaitan perbicaraan kes terowong dasar laut Pulau Pinang.

Hakim Azura Alwi memaklumkan mahkamah tidak berhasrat untuk memulakan tindakan terhadap wakil rakyat itu meskipun beliau bersetuju bahawa semua pihak tidak seharusnya mengeluarkan sebarang komen ketika perbicaraan berlangsung.

“Sepatutnya semua pihak harus tahu dan tidak mengeluarkan sebarang komen (berkaitan perbicaraan).

“Saya tidak berhasrat untuk memulakan apa-apa prosiding menghina mahkamah kerana jika saya layan semua, banyak yang sebenarnya mahkamah kena buat. Saya tidak pasti jika pihak pendakwaan ingin mengkajinya,” ujar Azura.

Terdahulu, peguam R.S.N. Rayer yang mewakili Guan Eng membangkitkan isu ciapan yang dikeluarkan Wan Ahmad Fayshal dalam aplikasi ‘X’ pada 2 Oktober lalu yang menyentuh projek terowong dasar laut Pulau Pinang diberikan melalui rundingan terus.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin secara peribadi berpendirian, tiada pihak yang sepatutnya mengeluarkan sebarang komen sambil mempertikai siapa beliau (Wan Ahmad Fayshal) dalam kes tersebut.

Perbicaraan bersambung 23, 24 dan 25 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI