fbpx

Bloomberg dipanggil dakwa PM campur tangan siasatan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil media antarabangsa, Bloomberg berhubung dakwaan campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, laporan kes itu dibuat oleh SPRM susulan kenyataan yang dikeluarkan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil di media sosial.

“Setakat ini, kita telah mengambil keterangan daripada dua individu iaitu pengadu (SPRM) dan Isham.

“Beberapa individu juga akan dipanggil khususnya daripada Bloomberg dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Polis Putrajaya mengesahkan pihaknya merekodkan keterangan Isham di IPD Putrajaya.

Keterangan itu diambil susulan kenyataan Isham yang menggesa Anwar menyaman Bloomberg mengenai dakwaan campur tangan dalam siasatan SPRM.

Bloomberg melaporkan, Anwar meminta SPRM untuk tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung kes pembelian saham bernilai jutaan ringgit.

Isham turut memaklumkan jika kenyataan Bloomberg itu tidak benar ia adalah satu fitnah yang berat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI