fbpx

Dua ban pecah di Kuala Selangor selesai dibaik pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ban pecah yang selesai dibaik pulih di RTB Batu 7, Ijok, Kuala Selangor hari ini.

KUALA SELANGOR – Dua ban pecah yang mengakibatkan banjir teruk di daerah ini dan Sungai Buloh selesai dibaik pulih Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Ia melibatkan ban berdekatan Taman Saujana Aman dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Batu 7, Ijok, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Mohd. Raiz Radzuan berkata, kerja menyiapkan ban pecah di Taman Saujana Aman berjaya disempurnakan sepenuhnya pada Sabtu lalu, manakala kerja pembinaan ban di RTB Batu 7 selesai hari ini.

Menurut Pegawai Daerah Kuala Selangor itu, ban pecah itu mengakibatkan banjir dan sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kawasan terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI