fbpx

Ramai artis bercerai, netizen senaraikan janda untuk dihalalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bukan hanya Fazura, antara selebriti yang turut termasuk dalam senarai netizen menerusi media sosial adalah Nora Danish, Emma Maembong, Bella Astillah, Mawar Rashid dan Puteri Sarah.

PETALING JAYA – Baru beberapa hari pelakon Fazura menggalas status janda selepas bercerai dengan Fattah Amin, sudah ramai lelaki mahu mencuba nasib mendampingi aktres terbabit.

Bukan hanya Fazura, antara selebriti yang turut termasuk dalam senarai netizen menerusi media sosial adalah Nora Danish, Emma Maembong, Bella Astillah, Mawar Rashid dan Puteri Sarah.

Menerusi perkongsian tersebut, ramai lelaki daripada pelbagai peringkat umur dilihat memperkenalkan diri sambil berseloroh mereka harus bekerja keras kerana ramai artis janda perlu dihalalkan.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang meminta golongan lelaki itu mencermin diri terlebih dahulu sebelum mahu menghalalkan deretan artis janda tersebut.

“Kita kena berusaha keras, ramai yang perlu dihalalkan, senarai semakin hari semakin panjang,” komen seorang netizen.

“Kalau setakat naik Axia, tak payah la nak berangan, kau memang nak halalkan mereka, mereka pandang kau pun tidak, kalau gagak jangan berangan bersama merak,” sindir seorang netizen lain.

Paling lucu, terdapat netizen yang berseloroh supaya senarai tersebut tidak pilih bulu dan jangan menyisihkan janda lain seperti Ellie Suriaty, Datuk Seri Vida, Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima.

“Mahu buat senarai jangan ‘select’, kena adil,” kata seorang pengguna media sosial.

Industri hiburan kebelakangan ini sentiasa digemparkan dengan kes perceraian pasangan selebriti popular yang melibatkan nama besar baik dek isu curang, tiada persefahaman mahupun tidak memberi nafkah.

Bermula dengan pasangan Syamsul Yusuf dan Puteri Sarah, diikuti Aliff Aziz dan Bella Astillah, senarai artis bercerai kemudiannya semakin berjela melibatkan ramai selebriti seperti Adira, Nora Danish, dan terbaharu Fazura dan Fattah Amin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI