fbpx

Polis sudah ada video, gambar individu ceroboh landasan LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan mempunyai video dan gambar individu yang menceroboh landasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni dan KL Sentral malam kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu terbabit dan akan berkongsi video berkenan dalam masa terdekat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diseru untuk mendedahkan individu tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini hari ini.

Menurut Rusdi, syarikat Prasarana turut memberikan kerjasama yang penuh dalam menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa.

“Ini merupakan kes terpencil, namun kita tetap ambil berat tentang kes tersebut kerana bukan sahaja membahayakan nyawa pelaku, bahkan mengganggu perjalanan pengguna lain,” jelasnya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang individu menceroboh masuk kawasan landasan antara Stesen LRT Pasar Seni dan KL Sentral kelmarin sehingga menyebabkan berlaku gangguan operasi.

Susulan kejadian itu, polis menyiasat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di lokasi kejadian untuk mengesan pelaku kes tersebut.

Polis percaya individu tersebut memanjat pintu untuk menceroboh landasan LRT dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI