fbpx

Tuanku serius tangani isu GISBH – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar isu berkaitan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) serta ajaran sesat di negeri ini ditangani sehingga ke peringkat akar umbi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara berkenaan antara yang ditekankan baginda dalam pertemuan dengan beliau kelmarin.

“Baginda berpandangan, tindakan lanjut termasuk aspek pemulihan ahli dan pengikut GISBH perlu dilaksanakan dengan penglibatan Jabatan Mufti Negeri dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

“Semalam (Isnin) saya telah persembahkan kepada Tuanku laporan yang disediakan oleh JAIPk. Ia bukan sahaja berkaitan GISBH tetapi juga unsur-unsur bagi ajaran sesat,” katanya kepada pemberita di Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma Perak di Temasya Sukma Sarawak kali ke-21 di sini semalam.

Menurut Saarani, Sultan Nazrin akan memanggil Mufti dan JAIPk untuk mengambil tindakan selanjutnya memandangkan di Perak mempunyai Jawatankuasa Fatwa Negeri yang akan bersidang bagi membincangkan perkara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI