fbpx

Ayam seekor, telur sepapan hanya RM10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsi di laman Facebooknya.

PETALING JAYA – Orang ramai terutama penduduk sekitar Merlimau, Melaka dijemput untuk memeriahkan Jualan Agro Madani yang diadakan di Japerun Merlimau pada Sabtu ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, promosi itu terhad kepada 1,000 pengunjung dan jualan tersebut akan bermula kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, turut diadakan pada hari sama adalah Larian Merlimau Berpeluh pada sebelah pagi, manakala Merlimau Berselawat pula pada waktu malam.

“Sempena Jualan Agro Madani ini, kita akan bagi special combo (kombo istimewa) iaitu ayam seekor dan telur sepapan hanya RM10.

“Kita buka kepada 1,000 orang pertama bermula jam 9 pagi pada 12 Oktober 2024 (Sabtu ini), Kita jumpa di Merlimau Berpeluh edisi Hari Sukan Negara di Japerun Merlimau,” katanya menerusi hantaran di Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI