fbpx

Ramai bimbang ‘Hot Daddy’ kembali aktif di platform X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar akaun dipercayai milik individu dikenali sebagai 'Hot Daddy' yang dilihat kembali aktif di aplikasi X mengiklankan khidmat persundalan.

PETALING JAYA – Seorang bapa tiga anak yang popular dengan panggilan ‘Hot Daddy’ kelihatan tidak serik apabila kembali aktif mengiklankan khidmat persundalan menerusi aplikasi X sejak kebelakangan ini.

Menerusi carian Kosmo!, kelihatan akaun tersebut yang mula dicipta pada Januari 2022 itu menggunakan gambar profil wajah ‘Hot Daddy’ dan mempunyai pengikut sehingga 116,000.

Paling membimbangkan, pemilik akaun tersebut juga menyertakan ‘link’ kumpulan Telegram bagi sesiapa yang berminat untuk melanggan khidmat persundalannya dengan harga RM150.

Kelihatan pelbagai gambar dan video lucah turut dimuat naik memaparkan wajah lelaki tersebut sekali gus mendatangkan rasa bimbang dalam kalangan pengguna media sosial.

“Kenapa macam tak reti insaf dan sedar diri? Harap pihak berkuasa lebih tegas supaya kegiatan dia ni tidak terus berpanjangan,” komen Hanes.

“Ada ura-ura yang kata nampak dia kat Hatyai. Tak tahu kesahihannya, tapi waran tangkap dah keluar pun macam masih tak takut,” komen Zack.

“Selain dekat aplikasi X dia (Hot Daddy) juga sudah kembali di aplikasi Bumble. Siap dan buka akaun baru lagi,” ciap Nad.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan dua lagi wanita kerana tidak menghadiri sebutan kes, kelmarin.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin mengeluarkan waran tangkap itu ke atas Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, serta dua wanita iaitu Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27.

Mengikut pertuduhan ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X di mana orang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman di sini pukul 10.10 pagi pada 16 Januari lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca di bawah Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan penjara maksimum 15 tahun dan dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Sebelum ini ketiga-tiga tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI