PETALING JAYA – Seorang pekerja premis pretzel terkenal, Auntie Anne’s di cawangan pusat beli-belah Mid Valley sudah dibuang kerja kerana gambar tularnya mencium doh makanan berkenaan.
Gambar tularnya itu menimbulkan pelbagai reaksi mengenai kebersihan dan keselamatan makanan dalam kalangan penggemar pretzel berkenaan.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Auntie Anne’s menyatakan, pihaknya telah membuang pekerja yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab berkenaan.
“Bagi memastikan standard kebersihan dan keselamatan mereka tidak akan berkompromi,” jelas kenyataan itu.
Ujar kenyataan itu lagi, cawangan yang terlibat kini ditutup sementara untuk menjalani proses nyahkuman dan pembersihan secara menyeluruh. Ia akan dibuka semula setelah semua protokol keselamatan disahkan dan dipatuhi.
“Kami menghargai kefahaman dan kesabaran pelanggan kami pada masa ini. Yakinlah bahawa keselamatan dan kesejahteraan anda menjadi keutamaan kami,” katanya.
Auntie Anne’s turut memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan insiden ini dan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan yang ditunjukkan. -KOSMO! ONLINE