fbpx

Cik Epal akhirnya sahkan sudah berpisah dengan Jofliam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cik Epal dan Jofliam serta sepasang anak mereka.

PETALING JAYA – Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal akhirnya mengesahkan perkahwinannya bersama Jofliam sudah pun terlerai setelah terbina selama 10 tahun.

Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud mengumumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di media sosialnya hari ini.

“10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja. Aku sah bercerai dengan dia (Jofliam) atas izin-Nya. Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupon akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia.

“Ini yang Allah takdirkan untuk kami. Dekat dunia ni tak ada apa milik kita. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah tahu apa yang terbaik,” tulisnya.

Sebelum ini Jofliam atau nama sebenarnya, Jofli Abu Bakar, 36, pernah mendedahkan status mereka bukan lagi suami isteri setelah rumah tangga bergolak sejak empat bulan lalu.

Ibu kepada dua anak itu juga pernah digesa oleh Jofliam untuk membuka mulut memberi komen tentang perkahwinan mereka namun Cik Epal ingin menunggu waktu yang sesuai sehingga status rumah tangga disahkan.

Cik Epal menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu pergolakan rumah tangganya selagi proses mahkamah belum selesai.

Terdahulu, Jofliam didakwa curang dengan pembantu peribadi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukannya, Pizza Wagyu Jofliam.

Dalam InstaStory, Jofliam turut mendakwa bahawa fitnah curang tersebut telah dirancang oleh kenalan terdekatnya.

Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Han dan Yuki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI