fbpx

Dua lelaki berlagak jadi polis ‘pau’ warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA TINGGI – Dua lelaki tempatan berjaya dicekup selepas menyamar sebagai polis bagi melakukan pemerasan terhadap warga asing untuk mendapatkan wang dalam kejadian berlaku di Bandar Tenggara di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, polis telah menerima laporan kejadian pemerasan pada pukul 11.55 malam Isnin lalu dari seorang lelaki warganegara asing berumur 38 tahun.

Katanya, bertindak atas maklumat, pada keesokan hari sepasukan polis daripada Balai Polis Bandar Tenggara telah melakukan tangkapan ke atas dua lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes itu.

Menurutnya, kedua-dua tangkapan berusia 20 tahun dimana dalam kejadian itu mangsa telah mengalami kerugian wang tunai sebanyak RM1,300.

“Pihak polis juga telah membuat rampasan sebuah motosikal jenis Honda Wave 125 yang dipercayai digunakan oleh kedua dua suspek bagi melakukan aktiviti jenayah
berkenaan.

“Hasil soal siasat awal juga mendapati kesemua suspek dipercayai terlibat dengan satu kejadian samun pada 22 September 2024 di Jalan Pahlawan, Bandar Tenggara yang menyasarkan warganegara asing dan kedua-dua suspek negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua suspek dibenarkan menjalani tahanan reman bermula 8 sehingga 11 Oktober ini selama empat hari oleh Majistret Kota Tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI