fbpx

Polis buru lelaki buat aksi tak senonoh depan gadis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup menunjukkan kelibat suspek ketika memasuki premis berkenaan.

SUNGAI BULOH – Polis memburu seorang lelaki yang melakukan aksi lucah di hadapan seorang wanita di sebuah kedai serbaneka di Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu daripada pengadu wanita tempatan pada pukul 1.34 petang.

“Siasatan awal mendapati, gadis berusia 18 tahun itu didatangi seorang lelaki seterusnya suspek bertindak duduk di meja hadapan dengan pengadu dan rakan-rakannya.

“Suspek tiba tiba membuka zip seluar dan melakukan aksi lucah di hadapan pengadu dan rakannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran insiden itu, pengadu dan rakan-rakannya segera beredar meninggalkan premis berkenaan.

Menurut beliau, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan perkataan atau isyarat yang mengaibkan kehormatan seseorang.

“Usaha mengesan mangsa telah dipergiatkan oleh polis dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu segera menghubungi atau hadir ke mana- mana balai berhampiran atau penolong pegawai penyiasat, Sarjan Datuk Salam Mohamed di Talian 013- 4519575 bagi membantu siasatan lanjut,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI