fbpx

Banjir: Kedah catat 2,306 mangsa dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan rumah di Kampung Kubang Betong di daerah Kubang Pasu merupakan antara lokasi terjejas banjir. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 2,306 orang daripada 789 keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini sehingga pukul 8.15 pagi ini.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kesemua mangsa berlindung di 22 PPS di lima daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling.

Daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi yang berlindung di enam PPS iaitu seramai 820 orang daripada 315 keluarga.

Ia diikuti daerah Kota Setar membabitkan seramai 711 orang daripada 218 keluarga di lima PPS dan Pokok Sena seramai 384 orang daripada 135 keluarga di tiga PPS.

Seterusnya Pendang seramai 281 orang daripada 71 keluarga di dua PPS dan Baling seramai 110 orang daripada 50 keluarga di enam PPS.

Sementara itu, tujuh sungai masih berada pada paras bahaya iaitu Sungai Laka, Sungai Bata dan Sungai Padang Terap di Kubang Pasu, Sungai Perik di Padang Terap, Sungai Titi Kerbau di Pendang serta Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Jambatan TAR di Kota Setar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI