fbpx

Tahan sakit dua minit, kaki tersepit besi longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melaksanakan operasi mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.

SEREMBAN – Khidmat khas bomba terpaksa digunakan bagi mengeluarkan kaki seorang pelajar lelaki yang tersepit di celah besi penghadang longkang di sebuah sekolah menengah di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba Seremban 2, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ahmad Khomeini Kamarudzaman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan behubung kejadian itu pada pukul 2.27 petang.

“Setibanya di lokasi, didapati kaki seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun tersepit pada besi penghadang longkang sekolah tersebut,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Khomeini berkata, pasukan bomba bertindak menggunakan peralatan khas ‘hydrolik spader’ untuk membuat regangan pada besi tersebut sebelum mengeluarkan kaki mangsa.

“Kaki mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa dua minit. Pelajar itu hanya cedera ringan dan diserahkan kepada pihak sekolah,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI