fbpx

Anak yatim didera ditemui tanpa pakaian dalam bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PORT DICKSON – Jurusolek antara tiga lelaki yang ditangkap susulan penemuan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dalam keadaan tanpa pakaian dengan kesan luka pada badan dalam bilik sebuah rumah di Batu 4, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, kesemua suspek berusia antara 32 hingga 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi pada 3 Oktober lalu di Taman Desa Rusa dan Taman Dataran Segar, Lukut.

“Suspek bekerja sebagai jurusolek dan hasil semakan rekod mendapati kesemua yang ditahan mempunyai pelbagai kesalahan lampau melibatkan dadah dan jenayah. Ujian saringan air kencing mendapati salah seorang suspek positif dadah.

“Soal siasat awal mendapati punca suspek memukul kanak-kanak itu kerana mangsa degil dan membuang air kecil di merata tempat di dalam rumah.

“Selain itu turut dirampas senjata yang digunakan iaitu rotan bulu ayam dan pemanas air,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, Maslan berkata, pada pukul 1.27 pagi, 3 Oktober lalu, polis menerima aduan daripada seorang wanita berusia 67 tahun bahawa terdapat seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan menangis dan terdapat luka pada tubuh berada di sebuah rumah di Batu 4 di sini.

“Siasatan mendapati kanak-kanak ini anak yatim yang kematian bapa dan ditinggalkan ibu kandung sejak kecil, seterusnya dijaga oleh pengadu di Klang, Selangor sebelum diserahkan kepada bapa angkat pada 2021,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI