fbpx

Bapa maut selepas sehari timang cahaya mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa dalam kemalangan di WCE, dekat Lumut petang tadi. - Foto IHSAN JBPM

LUMUT – Kegembiraan seorang bapa menyambut kelahiran bayi semalam bertukar tragedi apabila dia maut selepas kenderaan dipandunya terbabas di Kilometer 212.8 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat sini petang tadi.

Mangsa, Nurul Kamal Zulkarnain, 37, meninggal dunia di tempat kejadian selepas Perodua Kembara dipandunya terbabas ke ladang kelapa sawit bersebelahan WCE.

Difahamkan, isteri mangsa baru melahirkan anak mereka di Hospital Seri Manjung (HSM) semalam.

Kemalangan berlaku selepas mangsa melawat isteri dan anak baharunya dan dalam perjalanan pulang ke Seri Iskandar untuk mengambil anaknya yang lain pulang dari sekolah.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.35 petang dan sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan tiba di lokasi 13 minit kemudian.

“Sebaik tiba, didapati terdapat seorang lelaki telah tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI