fbpx

Bank Rakyat taja RM1.48 juta lapan pelajar asnaf ke Jordan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh pelajar lepasan SPM yang menerima tajaan daripada Bank Rakyat bagi melanjutkan pengajian di Universiti WISE, Amman, Jordan.

PETALING JAYA – Seramai lapan pelajar terpilih menerima dermasiswa penuh daripada Bank Rakyat berjumlah keseluruhan RM1.48 juta bagi melanjutkan pengajian di The World Islamic Sciences and Education University (WISE), Amman, Jordan.

Mereka ialah tujuh lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh Syafie, Universiti WISE selama empat tahun sehingga 2028, manakala seorang lagi pelajar sedang menyambung pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Fiqh Syafie di universiti sama selama tempoh dua tahun, bermula 2023 hingga 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, pemilihan pelajar tersebut terdiri daripada kalangan asnaf adalah sebahagian
daripada inisiatif tanggungjawab sosial Bank Rakyat melalui Jabatan Pengurusan Zakat, Pembangunan Islam dan Hal Ehwal Surau.

“Dana zakat yang disumbangkan sepenuhnya untuk menanggung kos pelajaran mereka adalah satu pelaburan jangka panjang untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dalam bidang Syariah.

“Mereka inilah yang akan menjadi tulang belakang kepada industri perbankan dan kewangan Islam negara kita satu hari nanti, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mereka juga akan mengikuti kelas tambahan dan intensif di Pusat Madarik kendalian Syeikh Dr. Amjad Rasyid, selain mempelajari kitab-kitab
turath Fiqh Syafie secara mendalam.

“Ini adalah satu usaha penting dalam memastikan mereka benar-benar mahir dan berwibawa dalam bidang ini,” ujarnya.

Mohammad Hanis berkata, pelajar tersebut diharap dapat memanfaatkan peluang itu sepenuhnya dan mengingatkan mereka berhubung harapan diri sendiri, keluarga, Bank Rakyat dan negara.

“Saya yakin dengan usaha gigih, disiplin dan doa, anda semua akan mencapai kejayaan yang cemerlang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI