fbpx

Monsun Timur Laut lebih awal, dijangka minggu keempat Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid melawat reruai selepas Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Rakan NADMA "Malaysia Madani, Siaga Bencana" di DoubleTree by Hilton Putrajaya di sini, hari ini. FOTO FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan bersedia menghadapi fasa peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal berlaku lebih awal iaitu pada minggu keempat bulan ini, berbanding November.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perubahan ramalan itu berlaku antaranya disebabkan oleh faktor perubahan iklim.

“Monsun Timur Laut akan sampai lazimnya pada awal minggu pertama bulan November, tapi disebabkan oleh perubahan cuaca atau iklim ada kemungkinan mengikut ramalan bahawa MTL akan datang lebih awal iaitu di akhir atau minggu keempat bulan Oktober ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Rakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI