fbpx

Empat polis cedera diamuk pesara tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat anggota polis cedera ketika cuba menangkap Prateep. - KomChadLuek

BANGKOK – Seorang pesara tentera menyerang empat anggota polis menggunakan pisau di luar rumahnya di wilayah Ang Thong semalam, lapor laman berita Thaiger.

Suspek yang dikenali sebagai Prateep, 62, dikatakan menghidap masalah mental selepas bersara daripada pasukan tentera Thailand.

Dia pada awalnya dilaporkan mengamuk sebelum anggota-anggota polis menyerbu rumahnya.

Sejurus tiba, Prateep mengurung dirinya di dalam rumah dan enggan menyerah diri kepada polis.

Namun, dia kemudian bertindak ganas dengan mengambil sebilah pisau lalu menikam empat anggota polis yang cuba menangkapnya.

Suspek akhirnya berjaya diberkas selepas polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kakinya, dan dia dibawa ke hospital terdekat untuk dirawat.

Empat anggota polis cedera dalam kejadian itu, manakala punca amukan suspek tidak dijelaskan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI