fbpx

Malaysia main peranan pacu ASEAN pada kedudukan lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia bakal memainkan peranan dalam memacu ASEAN kepada kedudukan lebih baik sepanjang memegang status Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, beberapa prinsip juga bakal ditegaskan pada pentas berkenaan.

“Malaysia akan secara rasmi menerima kepengerusian ASEAN bagi tahun 2025 dan sudah pasti kepengerusian ASEAN ini bagi tahun 2025 adalah satu perkara yang cukup dinantikan.

“Malaysia akan mainkan peranan bagi pastikan ASEAN berada pada satu kedudukan yang lebih baik, kita harap dan menegaskan beberapa prinsip yang dipegang oleh ASEAN.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Terdahulu, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang- Sidang Kemuncak Berkaitan yang dijadualkan berlangsung hari ini hingga 11 Oktober di Vientiane, Laos.

Pada sidang kemuncak itu, Laos sebagai Pengerusi ASEAN 2024 akan menyerahkan jawatan Pengerusi kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI