fbpx

AADK perluas Anjung Komuniti ke negeri lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin hadir Program Jom Singgah@Anjung Komuniti Sungai Ara, petang tadi.

GEORGE TOWN- Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan memperluas inisiatif Anjung Komuniti ke seluruh negara dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri bagi mengurangkan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) penagihan dadah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, setakat ini hanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menjalin kerjasama dengan AADK peringkat negeri bagi memperkenalkan perkhidmatan Anjung Komuniti itu.

Katanya, AADK Pulau Pinang mewujudkan Anjung Komuniti di KBT sebagai alternatif yang berfungsi sebagai hub, pusat aktiviti dan operasi harian melibatkan kesemua rakan strategik, pemimpin dan komuniti setempat di bawah Jawatankuasa Kumpulan Penggerak KBT.

“Sudah pasti inisiatif Anjung Komuniti ini kita akan kembangkan ke negeri-negeri lain. Itu yang saya fikirkan untuk pada masa hadapan dengan harapan semua pihak bersama dengan kita.

“Ada sebahagian (kerajaan negeri) dalam perancangan, tetapi libat urus belum lagi kita buat. Pulau Pinang adalah contoh terbaik (Anjung Komuniti),” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Jom Singgah@Anjung Komuniti Sungai Ara di sini hari ini.

Menurut Ruslin, Anjung Komuniti turut dijadikan pusat penyedia perkhidmatan rawatan dan pemulihan dalam komuniti kepada klien dan ahli keluarga yang memerlukan.

”Sehingga hari ini, AADK Pulau Pinang mempunyai enam Anjung Komuniti meliputi tiga di daerah Seberang Perai Tengah (Anjung Komuniti Guar Perahu, Anjung Komuniti Kuala Mengkuang dan Anjung Komuniti Bukit Teh).

“Selain itu, juga terdapat masing-masing satu Anjung Komuniti di daerah Seberang Perai Utara iaitu di Anjung Komuniti Bakau Tua, daerah Barat Daya di Anjung Komuniti Sungai Ara dan daerah Timur Laut di Anjung Komuniti Desa Mawar.

”Sebagai rekod, bagi tempoh Ogos 2023 hingga Julai 2024, seramai 4,315 orang telah menerima perkhidmatan Anjung Komuniti ini meliputi 638 program anjuran AADK Pulau Pinang dengan kerjasama rakan strategik dan rakan pintar AADK,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI