fbpx

Lelaki terkejut, doa minta wang segera dimakbulkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci sebelum disapa oleh seorang warga asing. - TikTok

MEKAH – Seorang pesohor media sosial dari Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas doanya memohon wang termakbul ketika melakukan Tawaf di keliling Kaabah, lapor saluran berita Indozone semalam. 

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @qil.tourleader.umroh itu menunjukkan lelaki itu mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci.

Semasa melakukan Tawaf, dia berdoa kepada Tuhan untuk memberikannya wang yang banyak. 

Beberapa saat kemudian, dia disapa oleh seorang lelaki warga asing lalu meminta nombor telefonnya untuk memberikan wang. 

“Boleh saya dapat nombor kamu? Kamu akan mendapat wang yang banyak. Saya akan membuat panggilan,” kata warga asing itu di dalam video berkenaan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 28.1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. 

“Doanya termakbul tanpa hiijab,” kata seorang netizen. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI