fbpx

Cuti Johor: Urusan perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, negeri diselaras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada sidang akhbar mingguan di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Urusan bagi perkhidmatan kerajaan antara Persekutuan dan Negeri Johor akan diselaraskan agar tidak berlaku gangguan berikutan perubahan cuti hujung minggu bermula Januari tahun hadapan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara berkenaan akan diuruskan dengan baik agar tidak berlaku sebarang isu berhubung perkhidmatan terutama agensi-agensi Persekutuan.

“Titah pemangku Sultan Johor di peringkat Jemaah Menteri hari ini tidak dibincangkan.

“Tapi, semestinya dari segi penyelarasan di peringkat pusat dan juga peringkat negeri itu dari segi pentadbiran memang akan diuruskan supaya tidak berlaku apa-apa isu dari segi memberi perkhidmatan terutama oleh agensi-agensi Persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar mingguan di sini, hari ini.

Semalam, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dilaporkan berkata, cuti hujung minggu di negeri berkenaan akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, perkara tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI