fbpx

Agong, Raja Permaisuri Agong masak untuk mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah (dua dari kanan) berkenan membantu Tunku Azizah (kiri) menyediakan hidangan untuk mangsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Seri Damai, Kuantan, Pahang hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membantu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memasak untuk mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai, Kuantan, Pahang hari ini.

Menurut Istana Negara di laman Facebook, Seri Paduka Baginda berangkat tiba ke PPS itu setelah berkenan melawat dan meluangkan masa menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Wisma Belia dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Isap, Kuantan.

“Sudah menjadi kelaziman bagi Raja Permaisuri Agong menyingsing lengan baju menyediakan makanan kepada mangsa banjir di negeri Pahang.

“Sentuhan Yang di-Pertuan Agong dan air tangan Raja Permaisuri Agong mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan,” katanya hari ini.

Seramai 128 orang daripada 49 keluarga telah dipindahkan di PPS ini setelah kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak hari Sabtu lalu.

Menurutnya, Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI