fbpx

Banjir: Penduduk Baling cemas bah sedalam 1.2 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dalam operasi menyelamatkan 28 penduduk Banggol Derom di Baling yang dilanda banjir kilat, pagi tadi.

BALING – Seramai 28 penduduk Kampung Banggol Derom, di sini cemas apabila kawasan rumah mereka dilanda banjir sedalam 1.2 meter akibat limpahan sungai di situ hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 8.43 pagi tadi.

“Pasukan bergegas ke lokasi dan mendapati kawasan kampung tersebut dilanda banjir akibat limpahan sungai di situ. Enam buah rumah yang terletak di tepi sungai ditenggelami air sedalam kira-kira 1.2 meter.

“Kerja-kerja menyelamat dilakukan menggunakan bot yang mana kesemua 28 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke tempat selamat seterusnya ke Surau Kampung Banggol Derom,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa terdiri daripada 17 individu dewasa dan 11 kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI