fbpx

Banjir: Mangsa di Johor meningkat kepada 630 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM memantau keadaan rumah penduduk di Jalan Kampung Parit Nipah Laut, Ayer Hitam, Batu Pahat yang masih ditenggelami banjir termenung sejak semalam.

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di tiga daerah yang terjejas bencana alam meningkat kepada 630 orang direkodkan sehingga pukul 4 petang hari ini.

Angka itu menyaksikan pertambahan seramai 80 orang mangsa berbanding 550 orang dicatatkan pada pukul 11 pagi tadi.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan daerah Kluang mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu seramai 356 mangsa yang berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Kesemua mangsa adalah terdiri daripada 92 keluarga yang berteduh di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau dan Dewan Kampung Air, Simpang Renggam, Kluang.

Manakala, Pontian adalah daerah kedua dengan seramai 257 mangsa ditempatkan di tiga PPS iaitu SK Seri Anom, SK Parit Markom dan Kompleks Muafakat Kampung Sungai Pinggan, Benut.

Di Batu Pahat pula, hanya satu PPS dibuka di SK Seri Benut yang menempatkan 17 orang mangsa termasuk empat orang kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI