fbpx

Banjir: Jumlah mangsa di Kedah meningkat kepada 734 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan rumah di Kampung Kubang Betong di daerah Kubang Pasu yang dilanda banjir pada kelmarin. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 734 orang daripada 216 keluarga sehingga pukul 4 petang ini.

Kesemua mangsa berlindung di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu, Pendang dan Kota Setar.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 264 orang daripada 88 keluarga, diikuti Pendang iaitu seramai 237 orang daripada 58 keluarga.

Sementara di Kota Setar melibatkan seramai 233 orang daripada 70 keluarga.

Dalam pada itu, lapan sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Laka, Sungai Padang Terap dan Sungai Bata di Kubang Pasu; Sungai Sari dan Sungai Perik di Padang Terap; dua lokasi di Sungai Anak Bukit iaitu di Taman Aman dan Jambatan TAR di Kota Setar serta Sungai Titi Kerbau di Pendang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI