fbpx

Video wajah sugul Fattah Amin depan surau raih simpati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sehari selepas pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai, tular video aktor itu dirakam duduk di tangga sebuah surau.

PETALING JAYA – Sehari selepas pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai, tular video aktor itu dirakam duduk di tangga sebuah surau.

Pemilik video mengakui klip beberapa saat itu diambil lama sebelum kedua-duanya ‘naik’ Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, semalam.

“Waktu terserempak kat surau ini, dia (Fattah) memang tengah ada masalah rumah tangga.

“Jodoh, ajal, maut, semuanya di tangan Tuhan. Semoga Fattah dan Fazura kuat dengan ujian ini,” tulis pemilik video.

Menerusi komen dalam aplikasi TikTok, rata-rata netizen menzahirkan simpati terhadap nasib yang menimpa pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu.

Ramai bersimpati melihat situasi dilalui pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd. Amin itu terutama selepas didakwa curang selain tidak memberikan nafkah kepada bekas isterinya.

Bahkan ada yang memaklumkan tidak kisah dengar berita artis lain berpisah tetapi apabila membabitkan Fattah, dirinya turut bersedih.

“Artis lain bercerai aku tak ambil kisah pun, bila Fattah hati tu terasa sangat sedihnya,” kata seorang netizen.

“Saya pun tak ambil peduli pasal rumah tangga selebriti lain. Cuma dengan Fattah ni lain. Kasihan Fatima,” tulis pengguna akaun media sosial lain.

Tidak kurang juga menyarankan agar aktor berusia 34 tahun itu meneruskan kehidupan dengan kuat semangat demi puteri tunggalnya.

“Orang baik ramai sayang. Allah nak beri yang lebih baik. Terus jalan, jangan tersungkur. Kuat demi Fatima ye,” ujar peminatnya.

Sejak berita perceraian mereka tular, ramai memberikan sokongan kepada Fattah termasuk rakan artis yang meminta agar bekas isterinya jangan lagi membuka aib.

Terdahulu, Nur Fazura memfailkan perceraian pada 13 September dan sebutan pertama permohonan itu ditetapkan pada 25 September lalu.

Namun berikutan adanya dokumen perbincangan untuk dipersetujui bersama-sama, Fattah tidak melafazkan cerai selain mengakui masih sayangkan isterinya.

Ikatan yang dibina tujuh tahun dengan dikurniakan puteri, Nur Aisya Fatima, 4, akhirnya terlerai di mahkamah sama pada pukul 9.45 pagi semalam selepas aktor tersebut melafazkan talak satu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI