fbpx

Perak tanam betik di masjid, langkah sekuriti makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norsiyenti (dua dari kanan) bersama pegawainya dan pengurusan masjid di kawasan tanaman betik di Masjid Al-Latiffiah, Kampung Loh Karai, Kuala Kangsar hari ini.

KUALA KANGSAR – Sembilan masjid di Perak melaksanakan aktiviti penanaman buah betik sebagai usaha memperkasakan institusi masjid serta melaksanakan program sekuriti makanan.

Projek itu yang bermula minggu ini membabitkan peruntukan sebanyak RM86,000 dengan keluasan tanah 1.6 hektar secara keseluruhan.

Pengarah Pertanian Perak, Norsiyenti Othman berkata, usaha itu adalah rentetan daripada titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah supaya menanam bahan makanan bagi menjayakan Program Bumi Hijau.

Katanya, Jabatan Pertanian Negeri Perak memberikan khidmat bantuan seperti pembersihan dan penyediaan kawasan, sistem pengairan, benih, baja serta racun kepada masjid.

“Latihan dan pemantauan berkala juga turut diberikan untuk memastikan hasil tanaman berjaya dikeluarkan,” katanya dalam majlis pelancaran Program Sekuriti Makanan (Tanaman Betik) Masjid Negeri Perak tahun 2024 di Masjid Al-Latiffiah Kampung Loh Karai di sini hari ini.

Selain Masjid Al-Latiffiah, lapan lagi ialah Masjid Al-Amin Kampung Jong (Gerik), Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (Tapah), Masjid Sultan Azlan Shah dan Masjid Ar-Ridzuan Kepala Pulau (Kampung Gajah), Masjid Jamek Baru (Gopeng), Masjid Aziziah Batu 10 (Bagan Datuk), Masjid Kampung Air Kuning (Taiping) dan Masjid Al-Muhajirin (Kuala Kurau).

Norsiyenti berkata, berdasarkan data tahun 2023, tahap sara diri (SSL) tanaman betik adalah 75 peratus dan mengharapkan usaha terkini yang dilaksanakan dapat meningkatkan SSL betik di Perak.

Dalam pada itu katanya, hasil tanaman akan diuruskan oleh pihak masjid namun berharap sebahagian besar daripadanya dapat dijual bagi menjana pendapatan untuk yang dibuat kitaran modal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI