fbpx

Tengku Adnan nikahkan sendiri anak dengan Tengku Muhammad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Suai Kenal di Taman Duta di Kuala Lumpur, kelmarin.

KUANTAN – Pasangan Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shahdan dan pasangannya Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan bakal dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Utama Dr. Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kesultanan Pahang dalam satu kenyataan di media sosial rasmi mereka menjelaskan, pasangan tersebut akan dinikahkan pada 24 Oktober 2024 di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz.

Istiadat perkahwinan Diraja itu dijadual bermula dengan Istiadat Meletak Kerja pada Selasa 22 Oktober 2024 di Istana Abdulaziz di sini.

“Istiadat Letak Kerja dimulakan dengan doa selamat dan majlis tahlil dengan seterusnya Istiadat Bernikah, Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan.

“Seterusnya, istiadat akan diteruskan dengan Istiadat Berinai pada 25 Oktober 2024 dan Istiadat Persandingan Diraja pada 27 Oktober 2024.

“Semua istiadat ini akan berlangsung di Istana Abdulaziz pada pukul 8.00 malam,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Dalam pada itu, istiadat Akad Nikah, Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan akan disiarkan secara langsung melalui dua buah layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Dataran Muzium Diraja, Pekan, Pahang.

“Pelbagai acara menarik akan diadakan di kedua-dua lokasi iaitu di Dataran MBK dan di Dataran Muzium Diraja sepanjang tarikh Istiadat Perkahwinan Putera Diraja berlangsung.

“Istiadat Menutup Kerja Istiadat Perkahwinan Putera Diraja akan diadakan pada Isnin, 28 Oktober 2024,” tulis kenyataan itu lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI