fbpx

Helmi sasar dua kemenangan di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HELMI enggan mensia-siakan peluang untuk menjuarai dua perlumbaan di Sepang minggu ini.

PELUMBA berbakat negara, Helmi Azman mahu meraih dua kemenangan pada Pusingan 3 Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) minggu ini untuk membolehkannya berada dalam keadaan selesa bagi menjulang mahkota kejuaraan kategori 600.

Helmi yang bersaing bersama Boon Siew Honda Racing mempamerkan aksi cukup solid pada kempen MSBK kali ini apabila melakar empat kemenangan berturut-turut pada perlumbaan Pusingan 1 dan 2 sekali gus mengumpul 100 mata.

Pelumba yang memacu jentera Honda CBR600RR itu bertekad memberikan sehabis baik untuk mengutip 50 mata di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu ini.

“Kalau boleh saya nak kekalkan kemenangan kerana dua perlumbaan sebelum ini saya menang kedua-duanya. Jadi, saya rasa tiada masalah untuk mengekalkan kemenangan di pusingan ketiga.

“Segala persiapan dibuat, jadi saya yakin untuk memberikan terbaik mencipta kemenangan sekali lagi di Sepang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Helmi mengakui perlumbaan di Sepang amat penting buatnya kerana mereka akan turun menguji komponen baharu untuk aksi penutup tirai Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Buriram, Thailand pada Disember nanti.

“Pasukan tidak mahu mengambil risiko untuk menguji komponen baharu pada perlumbaan di ARRC sebelum ini, jadi kami ingin memanfaatkan di MSBK. Jika segalanya berjalan dengan lancar, komponen baharu ini akan saya gunakan di Thailand nanti,” tambahnya.

Helmi kini mendahului carta MSBK600 dengan mengumpul 100 mata dan dijangka mampu mempertahankan gelaran diraih tahun lalu apabila meninggalkan pencabar terdekat dari Thailand, Thanat Laoongplio (Honda Racing Thailand) di kedudukan kedua dengan 48 mata.

Bekas pelumba Moto3, Syarifuddin Azman yang juga rakan sepasukan Helmi turut berpeluang untuk mencabar gelaran MSBK600 apabila menduduki tangga ketiga keseluruhan dengan 46 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI