fbpx

Juara dunia tempang tanpa Garnacho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARNACHO terpaksa disisihkan Argentina disebabkan kecederaan dialami bersama United baru-baru ini. - AFP

BUENOS AIRES – Juara dunia dan Copa America, Argentina mengalami tamparan hebat apabila kehilangan khidmat pemain sayap meningkat naik Manchester United, Alejandro Garnacho untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2028 bulan ini.

Keadaan itu meletakkan pengendali pasukan, Lionel Scaloni perlu memikirkan calon pengganti paling sesuai untuk menghadapi perlawanan menentang Venezuela pada Jumaat ini dan Bolivia (16 Oktober).

“Saya pernah ada pengalaman masalah lutut dalam dua perlawanan lepas dan kini tidak dapat menyertai pasukan kebangsaan.

“Bagaimanapun, saya harap kecederaan ini akan pulih mengikut jangkaan bagi membolehkan saya bersama pasukan pada rehat antarabangsa selepas ini,” kata Garnacho menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Dalam masa sama, Scaloni juga tidak dapat menyenaraikan beberapa lagi pemain utama seperti Marcos Acuna dan bintang muda, Lautaro Blanco.

Situasi itu sekali gus menyukarkan Scaloni memandangkan beliau telah kehilangan Paulo Dybala dan Nicolas Gonzalez yang menarik daripada menyertai pasukan kerana masalah kecederaan.

Scaloni dikatakan tiada pilihan selain memanggil bintang muda Brighton, Facundo Buonanotte untuk dua perlawanan antarabangsa kali ini].

Untuk rekod, Argentina kini mendahului saingan kelayakan zon Amerika Selatan, mengutip 18 mata daripada lapan perlawanan awal, namun hanya dipisahkan dua mata dengan Colombia di tempat kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI