fbpx

Proses ketum di sebalik kedai landskap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein menunjukkan air ketum dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, hari ini.

SUNGAI BULOH – Taktik sindiket pengedaran air ketum yang berselindung di sebalik kedai landskap bagi proses memasak dan membungkus barangan terlarang itu terbongkar menerusi serbuan di Kampung Melayu Sungai Buloh, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan pada pukul 12.05 tengah hari itu dilakukan selepas risikan dilakukan selama dua bulan.

Katanya, seramai empat individu ditahan membabitkan pemilik syarikat landskap serta dua pekerjanya termasuk seorang penganggur selepas disyaki menjalankan kegiatan tersebut.

“Dalam serbuan itu, kita menangkap dua lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing berusia 21 hingga 42 tahun di dua buah kediaman di lokasi tersebut.

“Sebanyak 1,100 botol bersamaan 550,000 mililiter air ketum dirampas termasuk 41 karton rokok seludup bernilai RM17,500,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, hari ini.

Kata Hussein, siasatan awal mendapati sindiket tersebut sudah beroperasi sejak 2021 sebelum mula beroperasi secara besar-besaran pada awal tahun ini.

Tambah beliau, keuntungan yang dijana melalui perniagaan itu mampu mencecah RM20,000 sebulan bergantung kepada bekalan daun ketum yang diperoleh di Perak.

“Satu botol air (500ml) dijual pada harga RM5 sehingga RM20 mengikut waktu operasi, dalam masa empat hari mereka mampu menyediakan 500 botol ketum daripada 50 kilogram daun ketum yang diperoleh dari pembekal,” katanya.

Tegas Hussein, kesemua suspek direman tujuh hari sehingga Khamis hadapan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI