fbpx

12 ekor kerbau kena ‘lelong’ di Masjid Tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBANYAK 12 ekor kerbau disita MPAG selepas didapati berkeliaran tanpa pengawasan penternak di Masjid Tanah, Melaka.

ALOR GAJAH – Sebanyak 12 ekor kerbau bernilai anggaran lebih RM70,000 disita Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) selepas dikesan berkeliaran tanpa pengawasan oleh penternaknya di Taman Warisan Kemang, Masjid Tanah, dekat sini, awal pagi tadi.

Yang Dipertua MPAG, Saifuddin Abdul Karim berkata, Op Ternakan Berkeliaran itu dilakukan bermula pukul 12 tengah malam sehingga 8 pagi tadi selepas pihaknya menerima aduan berkenaan ternakan yang melakukan kacau ganggu kepada penduduk setempat.

Katanya, sebanyak 12 ekor kerbau berjaya ditangkap dan akan disita di lokasi berkenaan dalam tempoh lima hari sehingga pemilik membuat tuntutan serta menyelesaikan bayaran kompaun berjumlah RM1,000 bagi setiap ekor ternakan.

“Sebelum inI kita telah pun membuat hebahan peringatan kepada penternak agar sentiasa mengawal ternakan mereka melalui media sosial dan secara bersemuka.

“Ternakan berkeliaran ini bukan sahaja mencetuskan kacau ganggu ketenteraman awam termasuk kerosakan tanaman dan aspek kebersihan tetapi turut pernah menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Jelasnya, sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat oleh penternak, tindakan lelongan akan dilaksana di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Haiwan Ternakan (MPAG) 2012. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI