fbpx

Takkan nak tukar jadi umat makhluk terlaknat – Adik Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik Fattah Amin memuat naik status berbaur sindiran kepada seseorang dalam media sosial.

PETALING JAYA – Adik kepada pelakon, Fattah Amin yang dikenali sebagai Raihan Amin mencuri perhatian apabila memuat naik kata-kata nasihat mengenai keburukan mengumpat selepas abangnya disahkan bercerai dengan bekas kakak iparnya iaitu Nur Fazura semalam.

Raihan menerusi satu perkongsian mengulang siar hantaran yang menegur individu bersikap ghibah iaitu mengumpat dan menjaja keburukan mengenai kehidupan orang lain.

“Bagi yang ada kemampuan untuk halang orang sekeliling kita daripada ghibah (mengumpat), halanglah.

“Sungguh jauh lagi besar dan berat dosanya daripada orang yang dikata kalau benar apa yang dikata,” katanya.

Perkongsian tersebut turut menasihatkan semua individu mengelak daripada melakukan perbuatan sebegitu kerana tidak disukai Nabi Muhammad SAW terutama sekali bagi mereka yang suka menjaga tepi kain rumah tangga orang lain.

“Nabi sayang umat yang tak ambil tahu hal rumah tangga orang, tak ambil tahu hal individu yang tiada ada kena mengena dengan dirinya. Janganlah bangga apabila pandai kecam orang sebab Nabi akan sedih dan tak suka.

“Yang suka ialah syaitan. Elok-elok jadi umat Nabi tapi tak akan nak tukar jadi umat makhluk terlaknat?

“Jom doakan baik-baik, banyak selawat dan beristighfar,” ujarnya.

Sementara, Raihan terus menuai perhatian  menerusi hantaran berbeza apabila memuat naik gambar ibu dan ayahnya bersama Fattah selain mendoakan agar ketiga-tiga insan itu sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.

“Moga Allah pelihara insan-insan istimewa ini daripada dicaci dan dihina, dan Allah akan bersama-sama dengan kita semua,” jelasnya.

Raihan dalam hantaran berbeza turut mengulang siar foto Fattah ketika meraikan hari ulang tahun kelahiran Fatima baru-baru ini.

“Semoga sentiasa dalam jagaan Allah buat Fatima, daddy dan mommynya (Fazura),” ujarnya.

Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi semalam di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di mahkamah sama.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI