fbpx

3 lokasi di Seberang Perai Selatan masih alami gangguan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA kejiranan yang terletak di kawasan tanah tinggi dan hujung paip agihan (EoL) itu masih mengalami masalah bekalan air.

SEBERANG PERAI – Sebanyak tiga lokasi di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dekat sini dilaporkan masih mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) sejak Jumaat lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K. Pathmanathan berkata, pihaknya sedang berusaha menyelesaikan isu air di Persiaran Jawi Golf Resort, Jalan Sungai Duri dan Taman Widuri.

Menurutnya, sehingga pukul 11.45 pagi tadi, tiga kejiranan yang terletak di kawasan tanah tinggi dan hujung paip agihan (EoL) itu masih mengalami masalah bekalan air.

“Sebab utama kelewatan pemulihan perkhidmatan bekalan air di lokasi terbabit adalah kerana penggunaan air yang sangat tinggi di SPT (Seberang Perai Tengah) dan SPS (Seberang Perai Selatan) sejak 6 Oktober lalu.

“Majoriti tangki air dan takungan di kawasan yang terjejas akibat SWSI baru-baru ini telah kering.

“Oleh yang demikian, dalam tempoh 48 jam yang lalu, majoriti pengguna air di kawasan yang terjejas telah mengambil sejumlah besar air untuk kegunaan segera dan penyimpanan semula,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, berdasarkan data Pusat Kawalan Bekalan Air Pulau Pinang, PBAPP telah mengepam antara 160 dan 180 juta liter air sehari (JLH) dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di Seberang Perai Utara (SPU).

Terdahulu, sehingga pukul 12.30 tengah hari tadi, perkhidmatan bekalan air telah dipulihkan untuk kira-kira 99 peratus daripada 118,000 pengguna yang terjejas akibat SWSI di SPT dan SPS, baru-baru ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan lebih 40 kawasan di SPT dan SPS berdepan gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 24 jam bermula Jumaat lalu. Ini susulan kerja pembaikian paip bocor berhampiran kampus Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI