fbpx

Malaysia, Kuwait setuju meterai MoU bidang pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (kiri) ketika mengadakan pertemuan rasmi bersama Perdana Menteri Kuwait, hari ini.

PUTRAJAYA – Malaysia dan Kuwait menyatakan persetujuan untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertahanan yang bakal memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu dijelaskan menerusi pertemuan bersama Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah dan Menteri Pertahanan, Sheikh Fahad Yousef Saud Al-Sabah.

“Menerusi pertemuan bersama pemimpin Kuwait itu, antara perkara dibincangkan ialah kesediaan kedua negara menandatangani MoU dalam bidang pertahanan yang boleh membantu dan memberikan manfaat kepada kedua-dua negara.

“Sebagaimana Kuwait melihat Laut China Selatan sebagai kawasan penting, Malaysia juga memberi perhatian kepada situasi Timur Tengah yang boleh membawa impak kepada peringkat global.

“Maka, perlu untuk Malaysia memahami dan mengetahui hal berlaku di Timur Tengah dan melalui MoU ini, tentunya ia dapat
difahami daripada perspektif Kuwait,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Kuwait hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, Kuwait merupakan negara yang stabil dan aman, seterusnya bakal membantu Malaysia memahami keadaan politik dan pertahanan di Timur Tengah.

“Susulan itu, melalui MoU tersebut, kita juga boleh memberi perhatian kepada soal seperti penyelidikan dan pembangunan pertahanan selain pertukaran peluang latihan untuk pegawai dan penerokaan bidang baharu.

“Maka, kerjasama dengan Kuwait akan membuka ruang kepada hubungan luar kotak seperti bidang kecerdasan buatan (AI) dan environmental, social and governance (ESG) dalam domain pertahanan,” katanya.

Katanya, kerjasama itu merupakan satu peluang unik kerana berlakunya perubahan teknologi dan inovasi yang membolehkan kedua-dua negara berkongsi maklumat dan kefahaman dalam bidang terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI