fbpx

Banjir: 550 mangsa di Johor ditempatkan di 8 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN rumah mangsa banjir yang ditenggelami air di Parit Raja, Batu Pahat.

JOHOR BAHRU – Daerah Batu Pahat menjadi daerah ketiga di negeri Johor dilanda banjir dengan menyaksikan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan 17 mangsa.

Menurut data Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS yang dibuka di Batu Pahat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Benut yang dibuka sejak semalam.

Sehingga pukul 11 pagi hari ini, seramai 550 mangsa banjir ditempatkan di lapan PPS melibatkan daerah Batu Pahat, Kluang dan Pontian.

Bagi daerah Kluang, empat PPS masih beroperasi dengan menempatkan seramai 283 mangsa terdiri daripada 79 keluarga manakala di Pontian pula, seramai 250 mangsa banjir masih berlindung di tiga PPS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI