fbpx

‘Nafkah bukan duit poket, bila ada sikit bagi sikit….’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Nafkah maksudnya bukan ada sikit bagi sikit, ada banyak bagi banyak.. bukan.”

Itu tegas Pemangku Ketua Bahagian di Bahagian Pembangunan Psikologi dan Kaunseling Syarie, Jabatan Agama Islam Sarawak, Safura Ahmad Sharkawi tentang nafkah suami kepada isteri.

Safura menjelaskan, nafkah bermaksud, kewajipan suami menanggung semua perkara yang melibatkan makan, minum serta tempat tinggal isteri.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang video seorang wanita yang bercakap tentang tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri antaranya ‘ada sikit bagi sikit, jangan langsung tak bagi’, selain ‘ada banyak, bagi banyak’.

“Bukan macam itu kak. Bukan bagi sekurang-kurangnya RM10, bukan macam itu.

“Nafkah ini lebih daripada itu. Yang akak cakap itu duit poket, bukan nafkah. Nafkah wajib, duit poket tak jatuh wajib, itu harus,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu beliau turut berpesan kepada masyarakat supaya seorang isteri itu tidak dinilaikan berdasarkan ‘apa yang ada’.

“Jangan rendah sangat value (nilai) isteri ini ikut mana ada. Nafkah ini kena sediakan sebab dia (suami) ada isteri, bukan sebab ada sikit bagi sikit atau ada banyak bagi banyak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI